Monday, September 27, 2010

nazri aziz

salam dari aku .........
tersentuh pulak hati utk memberikan pendapat aku hal si nazri aziz nie.... gerram pun ada , menyampah pun ada .......kalau dia takde dalam kabinet lagi bagus , buat merosakkan team najib aje. Aku geram kat dia ni dah lama , sejak dari dia kutuk Tun M tu aku dah isytiharkan nama dia termasuk dalam senarai sampah je.
Takde gunanya menyimpan orang yng dulu menjilat tangan dan sesudah itu menggigit . Wahai nazri sedarlah kau tu pun bukan muda lagi... dah banyak ke amal dan jasa sampai suke suke lembu mengutuk dan membawa fitnah kesana sini ,

Kalau nak di bandingkan jasa dia ni dgn Tun , ppeeehh janganla .... langsung tak nampak kat mane .... kalau jasa Tun , ppppeeeehhhhhh tutup mata pun masih boleh nampak lagi......sana sini , atas bawah , kiri kanan semua ada , macam macam ade.......

Bagus kau balik ajelah padang rengas tu , cari pokok rengas tu , duduk bawah tu .....cari poko rengas yang no satu punye power getahnya tu..... lumurkan kat muka dan kepala kau yng sentiasa botak tu....
manelah tau getah tu ada khasiat utk menyembuhkan otak kau yang tak tau dan tak pernah berterima kasih dan bersyukur atas apa yang telah kau kecapi dan dapat selama ini. Pergilah cubee.........

Wednesday, September 22, 2010

tukar nama blog lagi

aku nie macam tak stabil je .... tapi aku masih tak serasi dengan nama blog nie jadi aku tukar lagi lah .....sorriiii

saat yang paling bermakna........

ini la mak aku yng aku bangga banggakan tu


mintak maaf mak , halalkan makan dan minum , doakan selamat dunia akhirat


sepatutnya ada enam ( 6) orang adik beradik , ape nak buat ini aje yang ada........


Inilah keluarga yng hadir pada ari pertama hari raye......sepatutnya ramai tapi rupenya ramai
yang tak dapat hidayah allah utk pulang kampung ......................mintak maaf ye

Tuesday, September 21, 2010

hari raye

salam dari aku buat semua.........istemewa buat saudara sedarah ku semua............

salam hari raye .... aku beraya kat kampung tahun nie ....sempat puasa 6 hari dengan emak aku......
aku rasa cukup bahagia sekali.... aku sedar apa yang aku hilang selama ini seakan muncul kembali dalam hidup aku yang singkat ini . Aku merasa bahagia apabila dapat memeluk dan memohon ampun pada emak aku yng semakin uzur tetapi masih bersemangat waja seperti di kala usianya masih muda . Ampunkan aku mak , halalkan makan dan minum aku selam ini mak , restuilah aku dan keluarga aku mak , berkatilah hidup kami dunia dan akhirat mak .

Kakak kakak ku yang tua , mengapa tak balik pada ketika hari raya masih hangat di rasakan , sedangkan kamu semua boleh berbuat demikian , emak menyebut nama kamu semua , namun apa daya ...

aku tak peduli pada mereka mereka yng tidak langsung ingat akan orang tua ini , kerana pada aku mereka tidak mendapat hidayah dari allah utk mengecapi nikmat itu , tapi bagi diri aku ... aku mengucap syukur sesyukur syukurnya pada allah .

Terfikir di otak aku mengapa insan istemewa ini di layan seperti insan kelas dua , padahal inilah insan yng berjaya membesar dan mendidik kite semua menjadi orang , bukan orang utan atau binatang . Namun semua itu berubah bila insan ini semakin tua dan kurang bermaya , anak yang di kendong rapat suatu ketika dulu itulah yang rajin mencerca dan rajin mengungkit kesana kesini kononnya akulah anak yng terbaik di kalangan yang lain .

Apakah mereka mereka ini tidak sedar bahawa insan ini mampu membuatkan allah memberikan berkat dan hidayah pada kita dan insan ini jugalah yang mampu membuatkan allah menurunkan bala pada kite semua .

Benar mak mungkin ada bersalah pada kite , namun itu tidak menghalalkan kite melupakan apa yng telah di berikan pada kite , jika boleh bayarlah balik air susunya yng telah di minum setiap hari sehingga mampu mengunyah , bayarlah bayarlah .....

Pada saudara sedarahku semua ........ingatlah apa sahaja amalan kita , ibadah kita , sedekah kita , segalanya yang kita sangka dan ingat ianya ibadah akan di tolak semuanya sekiranya tiada restu dan doa dari ibu bapa kita ......dan jika semuanya di tolak oleh allah , maka kemanakah kite akan pergi...............syurga atau neraka ......rasanya kita dah tau jawapannya....

Sunday, August 1, 2010

tukar nama blog lagi

okla .......salam dari aku lagi, nampaknya aku kene tukar lagi nama blog nie , bukan ape agar ianya lebih dekat dengan periuk nasi aku je , nampaknya aku dan jupem memang tak boleh pisahlah....... sori la....

Tuesday, July 27, 2010

hilton batang ai

salam buat semua....... kali nie aku nak citer sikit tentang journey aku ke lubuk antu....nak pegi hilton batang ai laaaaa.
Sesekali duk kat otel mahal , ppeeeeehhhhhh punyelah sunyi tempat tu , memang sesuai pada org yang naik privasi tahap tinggi punya...... Bila malam terasa gak lain macam sebab sunyi sangat sangat .

Ok kalau nak gi sana , kira dari sri aman atau nama lama dia simanggang lebih kurang 2 jam lebih gak sebab dari sri aman ke simpang ke lubuk antu lebih kurang 50 km lebih . Lepas tu dari simpang tu ke simpang tiga lubuk antu dan hilton batang ai tu dalam 30 minit lebih gak . Lepas tu dari simpang tiga tu ke jeti / empangan batang ai tu lebih kurang 30 minit .

Bila sampai kat jeti tu adalah tempat register nama utk pegi check in kat hilton tu ... Kalau guest hotel tu , naik bot tak kene bayar , tapi kalau saajjee je ke dalam RM30 rasenya .






















Kalau nak duk kat sini kene tebal dompet laaaa....tapi aku paling puas hati pasal makanan dia ,
hotel berbintang2 la katakan , sampai buah epal pun dia tak potong , bagi sebiji sebiji je .......ppeeehhhh















tukar nama blog

salam dari saya ........... terfikir pulak utk abadikan nama moyang moyang aku pada blog nie . Tok Laji itulah moyang aku ..........

Monday, July 19, 2010

Depan EQ Melaka .....anak buah dengan pakciknya......


tengok tuuuu ....... dia sorang je ..........ni kat EQ Melaka gak kat k5 bawah tu


nie kat belanda , masa tu musim panas laaa...........he he he

haiii........mana mee goreng aku nie..........


untuk mak aku

salam dari aku buat semua ......... tak kiralah sapa , kali nie aku nak cerite sikit tentang keluarga aku , terutamanya mak aku .... aku benar2 merasakan kehadirannya amat penting buat diri aku , walau pun aku dah tua dah lebih 40 umur , tapi peranannya amat besar buat diri aku , bukanlah aku mengatakan mak aku saja penting , tidak ayah aku , tidak , kedua duanya penting buat aku ... aku cukup sedih bila teringatkan betapa mak aku di marah , di pulau , di cerca malahan di hina , apakah ini balasan orang tua ini bila dia sudah tua , tidak kaya , tidak bertenaga , tidak penting lagikah orang tua ini bila beliau hanya mengharapkan orang menghormati dan mengingati kembali jasanya pada semua ....

Banyak sungguh jasa mak aku dalam membesarkan keluarga , sanggup berhutang , bergadai dan segalanya utk anak2 , semuanya utk anak2 agar mereka dapat hidup sebaik mungkin .

Cukuplah semua ,marilah kite semua buang apa saja dendam , rasa hati , merajuk dan apa apa lagilah yang melekat di hati kita ini , buanglah semua yang tak berguna tu dan bersihkanlah hati kita , isilah hati kita dengan iman dan rasa syukur pada allah kerana kita masih ada mak atau ibu di dunia ini , INGATLAH SEMUA.........doa dari seorang ibu amat berkat dan itulah juga yang kita perlukan di dunia dan di akhirat  kelak utk kita menuju ke syurga allah , singkaplah semula sejarah sahabat nabi yang telah melukai hati ibunya dan apa balasan yang menimpanya  semasa di dunia lagi . INGATLAH SEMUA..............

Utk diri aku pula , aku nak balik raye nie insyaallah di perkenan tuhan utk jumpe ibu aku dan sama2 merayakan hariraye tahun nie .Aku nak mintak maaf banyak2 dengan dia , dan aku takkan kemana2 sekiranya ibu tidak mau pergi bersama .Duk kat rumah saje . Aku mau menghabiskan masa yang ada dengannya ,  Memang benar satu dunia boleh kita cari tapi berkat doa ibu datangnya hanya dari ibu kite sendiri , ibu yang melahirkan kite hanya satu ............satu renungan buat kaum keluarge ku semua ...... sekian buat masa ini ..........

Thursday, July 15, 2010

geram kat pak arab kat bukit bintang

Salam dari aku lagi , kau tau masa aku kat royale bintang ari tu , aku jalan2 malam tu kat bukit bintang , sampailah tekak aku haus , jadi aku pun lepaklah kat kedai pak arab dekat dengan bebudak melayu kite joget tak sedar malu tu .... kedai tu kedai kaki lima je .... aku 6 orang semuanya , kami orderla FO , Jus apple dan Cola , kau tau aku kene bayar berapa utk 5 minuman tu aku kena bayar RM120.00 . Punyelah terkejut berok aku ....

aku raselah kalaulah ada berok kat situ , dah tentu mengamok berok tu, terlampaulah jugak harga macam tu , dah lah kedai tak ekon , kerusi pun macam nak patah je , mau je aku bakar kedai tu

nasib baiklah sebab semangat ninja aku ni tinggi , menyamai semangat naruto lebih sikit , aku berjaya menurunkan amarah aku tu .... nasib baik arab tu ........ kalau tak .............

kau orang suma , klau nak minum lain kali  , jangan lupe tengok menu dulu , berapa harganya , aku tak kisah mahal tapi berpada padalah dengan servis yang di beri .

sooooooooooorry la

salam dari aku .........teramatlah aku ingin memohon maaf kerana dah terlalu lama tak ada posting baru , banyak sebab la kalau nak tau , tapi sebab yang paling top ialah malas nak menulis , dan lagi satu aku baru balik kampung bulan mei lepas , rabaklah dkat RM 5000  , termasuklah hotel sana , hotel sini , maklumlah sesekali balik kampung .

Kampung aku tu bukannya jauh sangat , tapi sebab ada function anak buah kawin , aku pun sewalah hotel utk bagi mak aku selesa , inilah peluang aku untuk menjaga hatinya , di samping itu aku juga puas sebab dapat bercuti dengan meriah dengan keluarga aku , walau pun tak semua kerabat aku ada , namun aku puas juge.

Kau tau aku duduk kat hotel royal bintang 3 malam , alah hotel kat bukit bintang tu la , punyelah happening
bila malam , makin malam makin rancak macam tak ade hujungnya . Aku pikir jugak , dia orang nie tak tidur ke ........

satu lagi yang buat aku happy sangat adalah ..... kali ini aku dapat tinggal lama kat hotel dengan mak aku ...kau tau hotel pertama aku  hotel new york kat jb 2 malam , lepas tu hotel royale 3 malam , lepas tu hotel concorde 1 malam . enjoy sakan aku sekerabat semua , kejap terjun swimming pool sana kejap swimming pool sini kejap sauna sana  kejap sauna sini ..... ppeeeehhhhh what a superb vacation

Sunday, April 4, 2010

pictures taken in marudi , sk long nibong , fort Hose (also in marudi )

koleksi gambar sekitar Marudi , Muzium Fort Hose , Sk Long Nibong Marudi

                                Dataran Marudi awal pagi

Sk Long Nibong Marudi

sebahagian bandar Marudi la ...gambar gegar cikit



Inilah Fort Hose ..... rumah seram kalau malam , kalau siang biasa je

Pintu masuk Fort Hose ..........masuk percuma ......masuk je





dalam muzium la.....ssssyyyy


Cute gak ......

see my journey to kg tanjung upar

 dalam bot nak pegi tanjung upar

http://www.youtube.com/watch?v=w7nvGQ2rp7o

also dalam bot

http://www.youtube.com/watch?v=Sl5naPrNypk

Kg Tanjung Upar , Marudi

Salam buat semua .............sorry la lama tak antar posting baru.....
ok kali ini kita jalan pegi Marudi pulak .....ikut jalan darat dari Miri.

Bermula dari Miri ikut jalan menghala ke Bintulu ... lebih kurang 30 minit kalau jalan slow ada simpang kiri jalan gravell (batu kerikil la ) ... masuk jalan tu....

Perjalanan melalui estet kelapa sawit kerana sememangnya jalan tu dia orang yang punya .... kite pinjam je
bilala kerajaan nak buat jalan yng lebih cantik tak tau laaaa .....

Lepas tu akan melalui hutan/belukar yng dah semakin nipis isinya .........tak taulah pokok balak tu pegi mana ..dah pindah duduk kat bandar kot ...

Kemudian akan sampai di sungai di mana akan menyeberangi feri .... bayar RM15 beb.... sungainya adalah 20 hingga 30 depa lebar ...untunglah tokey tu ...agaknya tu yangtakde jalan bagus tu ... takut bisnis feri abiss..

Lepas tu lebih kurang 15 minit akan sampai di feri kedua ....yang ini namanya batang baram yeee...kalau nak shake hand dengan buaya silakanlah.... airnya cukup menggerunkan buat mata yang tak tau berenang macam aku nie...

Nak keseberang kene naik feri lagi... feri dia besarla sikit ... bayar RM15 juga... entah2 company sama kot ...tapi nak pegi Marudi jugak ... maka bayar ajelah...

Aku pegi Marudi ni sebab nak pegi reki nama sungai kecil yang lame sambil2 jalan naik bot ....

Wednesday, March 17, 2010

Mercu tanda ravenscourt camp

Naaahh ......... kalau dah sampai ravenscourt camp , kite mesti nampak mercu tanda nie .........

kalau tak kire tak sampaila ...........

Jeram di Long Luping

Kalau dah sampai Long Luping ..tak sah kalau tak test air sungai dia tuuu...........

kalau berani masuklah.................sejuuuukkk......

http://www.youtube.com/watch?v=IUDvfG8ud8c

Monday, March 15, 2010

ravenscourt camp

Salam buat semua ............

kali ni aku berada di ravenscourt camp ..............lebih kurang 3 -4 jam dari bandar Lawas .
Ikut jalan dari Mararap Camp dan sampai di Long Luping ada simpand 2 , masuk kanan la..........

Kalau masuk kiri tu pergi bakelalan pulak nanti .........jauh tu mau habis minyak nanti ...... so better hati2
sampai simpang 2 tu masuk kanan .

Lepas tu terus aje ikut main road menuju ke ravenscourt camp .... jalan balakla ............kalau musim kemarau peehhh boleh speed sampai abis pedal minyak .....
Tapi ingat sikit . silap pusing stereng masuk gaungla jawabnya.............salamla............

Lebih kurang 1jam dari simpang tu baru sampai camp tu ............tempat tu terletak di atas banjaran
tinggi kurang lebih 1500 meter average...lebih kurang 3000 hingga 5000 kaki lebih la ..........

agin sepoi2 beku sentiasa aje kat sini ............ boleh tepu kepala otak kita ...........kalau takde topi .....tambah pulak kalau time angin dia lalu.

Ravenscourt camp ni adalah tempat kem  balak ..dah ujud dari zaman 80 an lagi........dah banyak hasil balak dia orang kebas dah .........Kalau cuaca bagus dapat tengok sampai Batu Lawi ............

Memang cantikla ..........sejuk lagi ............. tinggi lagi gunung keliling ............... peehhhh nyaman ...............

Ok kite jumpa di lain posting nanti..................salammmm

another shot from ravenscourt camp

Batu lawi......views from ravenscourt camp

pictures of telingan

pictures of long telingan

Thursday, March 11, 2010

Mararap Hot Spring

http://www.youtube.com/watch?v=OjFdzxpb7jQSalam dari saya ...........

kali ini mari kita pergi ke Mararap Hot Spring..............

Perjalanan dari Lawas lebih kurang 3 jam melalui jalan menuju ke Mararap Kem . Iaitu kem balak yang ujud sejak dari awal 80 an lagi .........rasanyalah

Mararap Hot Spring tu tempatnya terletak agak terpencil dari jalan utama ....... melalui hutan tebal dan bukit bukau yang lumayan juga tingginya .

Dari simpang Lawas Sipitang ke simpang masuk ke Hot Spring ambil masa lebih kurang 2 jam . Dan dari simpang kenuju ke Hotspring ambil masa 15- 20 minit , tengok jalan dulu la , kalau hujan mau pelan2 sebab jalannya turuuuuun bukit curam.

Sampai aje sana kita akan nampak chalet rumah panjang ,dua tingkat lagi tu. Chaletnya agak murah juga ........ bolehla takla mahal sangat . Cukup2 rasela ...

Disitu ada di sediakan kolam madi air sejuk dan juga kolam mandi air panas . Besarnya bolehla 10 orang masuk . Tapi ingat2 sikit air panasnya betul2 panas .

Terasa panasnya ......... kalau tak tahan ........ambik baldi la lepastu campur air sejuk baru mandi ........
saya cube masuk sebelah kaki rasa menggigit panasnya pada mulanya ........ lepas tu nampak merah kaki kita .....dalam hati kata perasaan aku aje ni (konon nak tahan panasnya la)........

Pada sesiapa yang berhajat tinggal di chalet takde masalah sebab sentiasa ada staff di situ . Ada package menarik di sediakan dengan termasuk makan sekali ...........

Peehh kalau tak masuk mandi ........rugi2............datang jauh2 tak balik modal kalau tak berendam dalam kolam air panas tu .....

Ok jumpa lagi

Long Telingan

Salam dari saya .........kisah perjalanan ke Long Telingan

Ingin saya ceritakan perjalanan menuju ke Long Telingan dengan jalan darat sewaktu bertugas di sana ........
Long Telingan terletak di pendalaman kawasan Long Semadoh , lebih kurang 4 jam dari Lawas .

Tidak lengkap ke Long Telingan sekiranya kita tidak bermalam di Lawas atau pun Sipitang kerana perlunya
kita menyediakan kelengkapan seperti minyak kereta , bekalan makanan dan sebagainya utk keperluan sewaktu  nanti . Bukanlah tidak ada di jual di dalam sana tapi faham faham sajelah tentang harganya kerana jarak yang jauh dari bandar membuatkan harga barangan meningkat agak tinggi juge.

Perjalanan akan melalui banjaran gunung dan hutan tebal di mana inilah yang membuatkan kawasan ini begitu nyaman , sejuk , segar dan membuatkan kita lupa akan panas dan bisingnya di bandar .

Perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam sahaja . Nasiblah kalau cuaca hujan , berjogetlah kereta kita , pusing kiri kita pergi kanan , pusing kanan kereta pergi kiri ....Jalan pulak jalan balak aje , kene hati hati tahap tertinggi kite di buatnya .

Perjalanan melalui beberapa kampung kecil dan juga kem balak , nama kem tu Mararap Kem , kem tu dah lama beroperasi kat situ ...... berpuluh tahun sudah .

Dari Mararap Kem , perjalanan terus menuju ke Long Luping dan seterusnya ke Long Semadoh , jalan makin teruk , maklumlah takde penjagaan dari pihak berkuasa , tak taulah sapa yang berkuasa tu .... kerajaan ke atau company balak ke ...Dari sini menuju ke Long Telingan mengambil masa lebih kurang 1 jam lagi.

Akhirnya saya sampai ke simpang tiga menuju ke Long Telingan dan Long Semadoh , dah dekat dah ......
Lebih kurang 4 km dari simpang , sampailah kami di sungai yang dalamnya lebih kurang 3- 4 kaki . Kami perlu menyeberangnya untuk sampai ke destinasi kami iaitu rumah ketua kampung Long Telingan , tempat kami akan bemalam dan menginap selama tugas kami .

Low gear di pasang , maka kereta 4wd kami meluncur masuk sungai dan dengan sedikit kepayahan , sampailah kami ke seberang . Sempat kami lepak kejap kat dalam sungai tu ........jernihnya air ........sejuknya air.......... arusnya laju gak .........tapi nyamannya.............syukurlah masih ada lagi tempat seperti ini ..........

Salam pertama dari saya sebagai seorang blogger

Salam buat semua rakan rakan di luar sana ... Di harap kehadiran saya dalam dunia blogger ini memberi faedah buat semua . Tiada apa niat saya kecuali hanya ingin menambah kemeriahan dan ilmu sekiranya berpeluang bersama anda semua .

Harap kita berjumpe lagi .....

Salam dari saya