Thursday, July 15, 2010

sooooooooooorry la

salam dari aku .........teramatlah aku ingin memohon maaf kerana dah terlalu lama tak ada posting baru , banyak sebab la kalau nak tau , tapi sebab yang paling top ialah malas nak menulis , dan lagi satu aku baru balik kampung bulan mei lepas , rabaklah dkat RM 5000  , termasuklah hotel sana , hotel sini , maklumlah sesekali balik kampung .

Kampung aku tu bukannya jauh sangat , tapi sebab ada function anak buah kawin , aku pun sewalah hotel utk bagi mak aku selesa , inilah peluang aku untuk menjaga hatinya , di samping itu aku juga puas sebab dapat bercuti dengan meriah dengan keluarga aku , walau pun tak semua kerabat aku ada , namun aku puas juge.

Kau tau aku duduk kat hotel royal bintang 3 malam , alah hotel kat bukit bintang tu la , punyelah happening
bila malam , makin malam makin rancak macam tak ade hujungnya . Aku pikir jugak , dia orang nie tak tidur ke ........

satu lagi yang buat aku happy sangat adalah ..... kali ini aku dapat tinggal lama kat hotel dengan mak aku ...kau tau hotel pertama aku  hotel new york kat jb 2 malam , lepas tu hotel royale 3 malam , lepas tu hotel concorde 1 malam . enjoy sakan aku sekerabat semua , kejap terjun swimming pool sana kejap swimming pool sini kejap sauna sana  kejap sauna sini ..... ppeeeehhhhh what a superb vacation

1 comment: