Thursday, June 30, 2011

toklaji: BERSIH : Apa nak jadi dengan melayu sekarang ni

toklaji: BERSIH : Apa nak jadi dengan melayu sekarang ni: "Aku tabik dengan PDRM sekarang ni , teruskanlah tindakan yang sepatutnya telah lama di jalankan ini , bersihkanlah MALAYSIA dari mereka yan..."

BERSIH : Apa nak jadi dengan melayu sekarang ni

Aku tabik dengan PDRM sekarang ni , teruskanlah tindakan yang sepatutnya telah lama di jalankan ini , bersihkanlah MALAYSIA  dari mereka yang tidak layak . Tangkapan demi tangkapan di buat , humbankan saje mereka tu dalam ISA , apa lagi yang di tunggu.Sekarang nie apa aje tindakan kurang ajar yang tidak  di buat oleh penyangak ini , semuanya sudah termasuklah derhaka pada sultan dan baru baru nie cubaan utk derhaka pada Yang Di Pertuan Agung pulak . 

Aku dah tak larat memikirkan apalah yang akan berlaku selepas ini nanti , apakah melayu akan terus berpecah lagi , apakah melayu akan terus mengikut skrip dan rentak mereka yng sentiasa mahukan kehancuran bangsa kita , Agaknya inilah nasib bangsa yng di gelar melayu ini , hancur bangsa bukan dek orang lain tapi dek tangan diri sendiri. Di ajak bersatu tak ambil peduli malah mengecam pula , di ajak bersama berjuang tidak mau malah menetang sesama bangsa pula , di ajak sembahyang bersama pun tidak setuju malah menuduh kafir pula , 

apakah ini yang mau di tinggalkan oleh kita pada anak cucu kita ,satu bangsa yg sentiasa bercakaran , satu bangsa yng sentiasa busuk hati , satu bangsa yg sanggup membunuh bangsa sendiri demi kedudukan dunia dan satu bangsa yang tidak langsung mencerminkan keislaman yg sering menjadi tuntutan nabi junjungan kita , biar penuh sembahyang kita pun jika hubungan sesama insan tidak di jaga , tidak kemana lah amalan tu , ingatlah sembahyang mampu mengubah seseorang dari seburuk buruk perangai kepada semulia insan , nilailah sembahyang kita , apakah kita sudah berubah menjadi semulia insan .

Sedarlah bangsa melayu , akan hilang melayu didunia sekiranya inilah perangai kita , akan hilanglah maruah dan segalanya jika amalan ini menjadi ikutan .Setiap rakyat berhak atas keamanan dan kesejahteraan , mereka yang berdiam diri selama ini juga berhak menikmati semua itu , jangan di tidakkan hak mereka utk merasai keamanan , kesejahteraan . Tolonglah bangsa ku aku merayu .