Tuesday, July 27, 2010

hilton batang ai

salam buat semua....... kali nie aku nak citer sikit tentang journey aku ke lubuk antu....nak pegi hilton batang ai laaaaa.
Sesekali duk kat otel mahal , ppeeeeehhhhhh punyelah sunyi tempat tu , memang sesuai pada org yang naik privasi tahap tinggi punya...... Bila malam terasa gak lain macam sebab sunyi sangat sangat .

Ok kalau nak gi sana , kira dari sri aman atau nama lama dia simanggang lebih kurang 2 jam lebih gak sebab dari sri aman ke simpang ke lubuk antu lebih kurang 50 km lebih . Lepas tu dari simpang tu ke simpang tiga lubuk antu dan hilton batang ai tu dalam 30 minit lebih gak . Lepas tu dari simpang tiga tu ke jeti / empangan batang ai tu lebih kurang 30 minit .

Bila sampai kat jeti tu adalah tempat register nama utk pegi check in kat hilton tu ... Kalau guest hotel tu , naik bot tak kene bayar , tapi kalau saajjee je ke dalam RM30 rasenya .






















Kalau nak duk kat sini kene tebal dompet laaaa....tapi aku paling puas hati pasal makanan dia ,
hotel berbintang2 la katakan , sampai buah epal pun dia tak potong , bagi sebiji sebiji je .......ppeeehhhh















tukar nama blog

salam dari saya ........... terfikir pulak utk abadikan nama moyang moyang aku pada blog nie . Tok Laji itulah moyang aku ..........

Monday, July 19, 2010

Depan EQ Melaka .....anak buah dengan pakciknya......


tengok tuuuu ....... dia sorang je ..........ni kat EQ Melaka gak kat k5 bawah tu


nie kat belanda , masa tu musim panas laaa...........he he he

haiii........mana mee goreng aku nie..........


untuk mak aku

salam dari aku buat semua ......... tak kiralah sapa , kali nie aku nak cerite sikit tentang keluarga aku , terutamanya mak aku .... aku benar2 merasakan kehadirannya amat penting buat diri aku , walau pun aku dah tua dah lebih 40 umur , tapi peranannya amat besar buat diri aku , bukanlah aku mengatakan mak aku saja penting , tidak ayah aku , tidak , kedua duanya penting buat aku ... aku cukup sedih bila teringatkan betapa mak aku di marah , di pulau , di cerca malahan di hina , apakah ini balasan orang tua ini bila dia sudah tua , tidak kaya , tidak bertenaga , tidak penting lagikah orang tua ini bila beliau hanya mengharapkan orang menghormati dan mengingati kembali jasanya pada semua ....

Banyak sungguh jasa mak aku dalam membesarkan keluarga , sanggup berhutang , bergadai dan segalanya utk anak2 , semuanya utk anak2 agar mereka dapat hidup sebaik mungkin .

Cukuplah semua ,marilah kite semua buang apa saja dendam , rasa hati , merajuk dan apa apa lagilah yang melekat di hati kita ini , buanglah semua yang tak berguna tu dan bersihkanlah hati kita , isilah hati kita dengan iman dan rasa syukur pada allah kerana kita masih ada mak atau ibu di dunia ini , INGATLAH SEMUA.........doa dari seorang ibu amat berkat dan itulah juga yang kita perlukan di dunia dan di akhirat  kelak utk kita menuju ke syurga allah , singkaplah semula sejarah sahabat nabi yang telah melukai hati ibunya dan apa balasan yang menimpanya  semasa di dunia lagi . INGATLAH SEMUA..............

Utk diri aku pula , aku nak balik raye nie insyaallah di perkenan tuhan utk jumpe ibu aku dan sama2 merayakan hariraye tahun nie .Aku nak mintak maaf banyak2 dengan dia , dan aku takkan kemana2 sekiranya ibu tidak mau pergi bersama .Duk kat rumah saje . Aku mau menghabiskan masa yang ada dengannya ,  Memang benar satu dunia boleh kita cari tapi berkat doa ibu datangnya hanya dari ibu kite sendiri , ibu yang melahirkan kite hanya satu ............satu renungan buat kaum keluarge ku semua ...... sekian buat masa ini ..........

Thursday, July 15, 2010

geram kat pak arab kat bukit bintang

Salam dari aku lagi , kau tau masa aku kat royale bintang ari tu , aku jalan2 malam tu kat bukit bintang , sampailah tekak aku haus , jadi aku pun lepaklah kat kedai pak arab dekat dengan bebudak melayu kite joget tak sedar malu tu .... kedai tu kedai kaki lima je .... aku 6 orang semuanya , kami orderla FO , Jus apple dan Cola , kau tau aku kene bayar berapa utk 5 minuman tu aku kena bayar RM120.00 . Punyelah terkejut berok aku ....

aku raselah kalaulah ada berok kat situ , dah tentu mengamok berok tu, terlampaulah jugak harga macam tu , dah lah kedai tak ekon , kerusi pun macam nak patah je , mau je aku bakar kedai tu

nasib baiklah sebab semangat ninja aku ni tinggi , menyamai semangat naruto lebih sikit , aku berjaya menurunkan amarah aku tu .... nasib baik arab tu ........ kalau tak .............

kau orang suma , klau nak minum lain kali  , jangan lupe tengok menu dulu , berapa harganya , aku tak kisah mahal tapi berpada padalah dengan servis yang di beri .

sooooooooooorry la

salam dari aku .........teramatlah aku ingin memohon maaf kerana dah terlalu lama tak ada posting baru , banyak sebab la kalau nak tau , tapi sebab yang paling top ialah malas nak menulis , dan lagi satu aku baru balik kampung bulan mei lepas , rabaklah dkat RM 5000  , termasuklah hotel sana , hotel sini , maklumlah sesekali balik kampung .

Kampung aku tu bukannya jauh sangat , tapi sebab ada function anak buah kawin , aku pun sewalah hotel utk bagi mak aku selesa , inilah peluang aku untuk menjaga hatinya , di samping itu aku juga puas sebab dapat bercuti dengan meriah dengan keluarga aku , walau pun tak semua kerabat aku ada , namun aku puas juge.

Kau tau aku duduk kat hotel royal bintang 3 malam , alah hotel kat bukit bintang tu la , punyelah happening
bila malam , makin malam makin rancak macam tak ade hujungnya . Aku pikir jugak , dia orang nie tak tidur ke ........

satu lagi yang buat aku happy sangat adalah ..... kali ini aku dapat tinggal lama kat hotel dengan mak aku ...kau tau hotel pertama aku  hotel new york kat jb 2 malam , lepas tu hotel royale 3 malam , lepas tu hotel concorde 1 malam . enjoy sakan aku sekerabat semua , kejap terjun swimming pool sana kejap swimming pool sini kejap sauna sana  kejap sauna sini ..... ppeeeehhhhh what a superb vacation