Thursday, March 11, 2010

Long Telingan

Salam dari saya .........kisah perjalanan ke Long Telingan

Ingin saya ceritakan perjalanan menuju ke Long Telingan dengan jalan darat sewaktu bertugas di sana ........
Long Telingan terletak di pendalaman kawasan Long Semadoh , lebih kurang 4 jam dari Lawas .

Tidak lengkap ke Long Telingan sekiranya kita tidak bermalam di Lawas atau pun Sipitang kerana perlunya
kita menyediakan kelengkapan seperti minyak kereta , bekalan makanan dan sebagainya utk keperluan sewaktu  nanti . Bukanlah tidak ada di jual di dalam sana tapi faham faham sajelah tentang harganya kerana jarak yang jauh dari bandar membuatkan harga barangan meningkat agak tinggi juge.

Perjalanan akan melalui banjaran gunung dan hutan tebal di mana inilah yang membuatkan kawasan ini begitu nyaman , sejuk , segar dan membuatkan kita lupa akan panas dan bisingnya di bandar .

Perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam sahaja . Nasiblah kalau cuaca hujan , berjogetlah kereta kita , pusing kiri kita pergi kanan , pusing kanan kereta pergi kiri ....Jalan pulak jalan balak aje , kene hati hati tahap tertinggi kite di buatnya .

Perjalanan melalui beberapa kampung kecil dan juga kem balak , nama kem tu Mararap Kem , kem tu dah lama beroperasi kat situ ...... berpuluh tahun sudah .

Dari Mararap Kem , perjalanan terus menuju ke Long Luping dan seterusnya ke Long Semadoh , jalan makin teruk , maklumlah takde penjagaan dari pihak berkuasa , tak taulah sapa yang berkuasa tu .... kerajaan ke atau company balak ke ...Dari sini menuju ke Long Telingan mengambil masa lebih kurang 1 jam lagi.

Akhirnya saya sampai ke simpang tiga menuju ke Long Telingan dan Long Semadoh , dah dekat dah ......
Lebih kurang 4 km dari simpang , sampailah kami di sungai yang dalamnya lebih kurang 3- 4 kaki . Kami perlu menyeberangnya untuk sampai ke destinasi kami iaitu rumah ketua kampung Long Telingan , tempat kami akan bemalam dan menginap selama tugas kami .

Low gear di pasang , maka kereta 4wd kami meluncur masuk sungai dan dengan sedikit kepayahan , sampailah kami ke seberang . Sempat kami lepak kejap kat dalam sungai tu ........jernihnya air ........sejuknya air.......... arusnya laju gak .........tapi nyamannya.............syukurlah masih ada lagi tempat seperti ini ..........

No comments:

Post a Comment