Tuesday, September 21, 2010

hari raye

salam dari aku buat semua.........istemewa buat saudara sedarah ku semua............

salam hari raye .... aku beraya kat kampung tahun nie ....sempat puasa 6 hari dengan emak aku......
aku rasa cukup bahagia sekali.... aku sedar apa yang aku hilang selama ini seakan muncul kembali dalam hidup aku yang singkat ini . Aku merasa bahagia apabila dapat memeluk dan memohon ampun pada emak aku yng semakin uzur tetapi masih bersemangat waja seperti di kala usianya masih muda . Ampunkan aku mak , halalkan makan dan minum aku selam ini mak , restuilah aku dan keluarga aku mak , berkatilah hidup kami dunia dan akhirat mak .

Kakak kakak ku yang tua , mengapa tak balik pada ketika hari raya masih hangat di rasakan , sedangkan kamu semua boleh berbuat demikian , emak menyebut nama kamu semua , namun apa daya ...

aku tak peduli pada mereka mereka yng tidak langsung ingat akan orang tua ini , kerana pada aku mereka tidak mendapat hidayah dari allah utk mengecapi nikmat itu , tapi bagi diri aku ... aku mengucap syukur sesyukur syukurnya pada allah .

Terfikir di otak aku mengapa insan istemewa ini di layan seperti insan kelas dua , padahal inilah insan yng berjaya membesar dan mendidik kite semua menjadi orang , bukan orang utan atau binatang . Namun semua itu berubah bila insan ini semakin tua dan kurang bermaya , anak yang di kendong rapat suatu ketika dulu itulah yang rajin mencerca dan rajin mengungkit kesana kesini kononnya akulah anak yng terbaik di kalangan yang lain .

Apakah mereka mereka ini tidak sedar bahawa insan ini mampu membuatkan allah memberikan berkat dan hidayah pada kita dan insan ini jugalah yang mampu membuatkan allah menurunkan bala pada kite semua .

Benar mak mungkin ada bersalah pada kite , namun itu tidak menghalalkan kite melupakan apa yng telah di berikan pada kite , jika boleh bayarlah balik air susunya yng telah di minum setiap hari sehingga mampu mengunyah , bayarlah bayarlah .....

Pada saudara sedarahku semua ........ingatlah apa sahaja amalan kita , ibadah kita , sedekah kita , segalanya yang kita sangka dan ingat ianya ibadah akan di tolak semuanya sekiranya tiada restu dan doa dari ibu bapa kita ......dan jika semuanya di tolak oleh allah , maka kemanakah kite akan pergi...............syurga atau neraka ......rasanya kita dah tau jawapannya....

No comments:

Post a Comment