Sunday, December 20, 2015





Assalam....

Lama sangat aku tak update blog aku....banyak perkara yg berlaku sepanjang tempoh itu..termasuklah kematian ibu tersayang tahun pada 2014....sekarang aku yatim piatu...hilang tempat aku bermanja dan sayang..aku doakan kau di letakkan di tempat orang2 yg beriman wahai ibu dan ayah.....semoga berjumpa kite di jannah...aminnn...

di sepanjang aku menghilang ini jugalah aku berpeluang mengerjakan umrah 2 kali...kali kedua bersama keluarga ku semuanya dan kali ketiga di beri peluang untuk membawa jemaah umrah seramai 43 orang atas kepercayaan syarikat syaza travel.....Syukurlahhh....pada ALLAH aku bersyukur dan padanya aku serahkan segalanya.....

tidak lupe juga pada sepanjang hilangnya aku dalm dunia blog ini...adalah berjayanya anak ku yg pertama tamat diplomanya di UTHM diploma in civil engineering....dan di lamar oleh UTHM utk menyambung ijazahnya di sana...dan rezeki ALLAH jua telah berjaya menerima biasiswa IJM Corporotion... Syukurlah insya allah habis belajar terus bekerja di situ kelak....

Sepanjang tempoh ini juga aku di duga dengan cubaan kanser payudara isteri ku....berubatlah kami kehulu dan kehilir setelah isteriku tidak mau menggunakan perubatan moden...ke Grik , Miri , Banting , Melaka , hingga ke Kelantan....luperla pulak nama tempatnya...Di mana AKHIRNYA ALLAH jua yg mengetahui dan sebaik2 perancang melorongkan isteri aku utk menerima rawatan di IKN Putrajaya setelah berlakunya pendarahan yg serius di rumah...Hinggalah kini isteri menerima rawatan kimo yg sudah tamat dan di teruskan pula rawatan radiotheraphy yg baru saja tamat pada 15 Disember lalu.

Aku sekarang sibuk memohon pekerjaan di luar negara...mungkin tergerak hati ini di sebabkan adik ipar ku sendiri sekarang bekerja di Berunei....Namun nampaknya masih belum berjaya...takpe...sabar...tumpuan utama aku tak terhad...asalkan keluar dari malaysia memadai buat aku...bosan sudah di sini...di samping ingin membuka peluang untuk anak2 kelak ...

OKlah letih sudah jari ni....insya allah aku akan lebih kerap menulis...asslammm....