Tuesday, July 19, 2011

pesta floral part 02

ini video nur syahirah ambil ketika pesta floral 2011 part 02 . Sila klik

http://www.youtube.com/watch?v=DScm5or9Ll8 

Kalau tak clear tu sorilaa yee maklum aje la camera murah je , lagi pun budak kecik yang ambik gambo kira ok la nie....

pesta floral putrajaya 2011

serba sedikit video aku dapat dari anak aku syahirah masa kami pergi ke pesta itu malam 18.07.2011 .sila klik

http://www.youtube.com/watch?v=aRmwKSt0GxM

Monday, July 11, 2011

Bulan Syaaban

Alhamdullillah , kita sekarang berada di bulan Syaaban , dah dekat separuh bulan dah , tak lama lagi datanglah bulan di mana segala ganjaran atas usaha kita allah akan berikan , itulah bulan ramadan , seakan baru saja aku mengerjakan ramadhan tahun lalu , dan kini ia bakal menjelma lagi .

Tahun lepas aku gagal menamatkan sebulan penuh , namun dah bayar dah sebaik sahaja selepas puasa enam syawal tamat , dah 2 tahun berturut turut aku gagal berpuasa penuh sebulan ramadhan , aku harapkan kali ini allah membenarkan niat aku untuk sebulan penuh .

Untuk umat islam semua , hentikanlah kerja kutuk mengutuk , hina menghina , dan apa sahaja perbuatan yg boleh merugikan kita akhirnya di bulan ramadhan ini , jika puasa kita di terima , kita akan dapat melihat kesannya pada diri kita nanti .Puasa yg di terima allah mampu membuatkan kita menjadi insan yng baik dan cemerlang di dunia dan akhirat .

Bagi diriku , tahun ini aku mau menziarah kuburan saudara ku di mana aku mampu pergi dan jika tidak sekalung doa dari aku buat mereka semua , juga buat tahun ini aku mau berbuat sebanyak mungkin sedekah amal jariah jika di izinkan tuhan .

Pada mu ya ALLAH  aku berserah akan segalanya , kuatkanlah iman dan tambah kan taqwa ku pada mu , lapangkanlah hati dan fikiran ini dari segala perkara yang merugikan , berikanlah ketenangan dan kewarasan dalam apa jua tindakan dan keputusan yang bakal aku buat demi kesejahteraan dan keselamatan aku dan keluarga di dunia dan akhirat .

Amin ya rabbal alamin

Wednesday, July 6, 2011

aku memohon pada mu ya allah

salam buat semua .........
aku risau memikirkan senario sekarang nie , kecoh sana kecoh sini , bersih sana bersih sini , kononya perjuangkan hak rakyat , hak ugama islam , hak bumiputra , macam macam hak yng di perjuangkan  , seolah olah selama ini hak hak itu tidak ada langsung sama sekali , seolah olah kerajaan begitu kejam sehingga tiada ruang utk menyatakan hak masing masing . Apakah benar begitu ....

Kita di sogokkan dengan betapa tidak adilnya hak kita di nafikan , di gambarkan teruk giler kerajaan , betapa jahatnya kerajaan dan sebagainya  . Mereka ini ada agenda yg jelas mau merosakkan negara di mana hanya orang yg dungu sahaja tidak nampak . Yg menghairankan aku nape pulak ada golongan seagama , sewarna kulit , malahan mungkin sekampung lagi , yg bersekongkol dengan mereka ini.

Aku mohon pada allah agar selamatkanlah negara aku ini dari mereka mereka yg mau menghancurkannya , berilah hidayah mu pada mereka ini yang telah kau tutupkan mata dan hati mereka ya allah .

Wahai bangsaku sedarlah
bangsaku sedarlah
bangsaku sedarlah

Ya allah , bukakanlah mata dan hati mereka yang telah kau butakan ya allah
Ya allah , peliharalah negara kami dari mereka yng berniat jahat ya allah
Ya allah , kau hancurkanlah niat dan mereka itu sehingga kembali aman negara kami ya  allah
Ya allah , berilah kami kekuatan utk membenteras anasir2 ini ya allah

Ya allah , dengan rendah dan hinanya aku memohon pada mu agar negara ini dapat kami wariskan pada anak cucu kami dalam keadaan yng aman damai , kaya raya dan sentiasa berpegang pada mu ya allah .

Thursday, June 30, 2011

toklaji: BERSIH : Apa nak jadi dengan melayu sekarang ni

toklaji: BERSIH : Apa nak jadi dengan melayu sekarang ni: "Aku tabik dengan PDRM sekarang ni , teruskanlah tindakan yang sepatutnya telah lama di jalankan ini , bersihkanlah MALAYSIA dari mereka yan..."

BERSIH : Apa nak jadi dengan melayu sekarang ni

Aku tabik dengan PDRM sekarang ni , teruskanlah tindakan yang sepatutnya telah lama di jalankan ini , bersihkanlah MALAYSIA  dari mereka yang tidak layak . Tangkapan demi tangkapan di buat , humbankan saje mereka tu dalam ISA , apa lagi yang di tunggu.Sekarang nie apa aje tindakan kurang ajar yang tidak  di buat oleh penyangak ini , semuanya sudah termasuklah derhaka pada sultan dan baru baru nie cubaan utk derhaka pada Yang Di Pertuan Agung pulak . 

Aku dah tak larat memikirkan apalah yang akan berlaku selepas ini nanti , apakah melayu akan terus berpecah lagi , apakah melayu akan terus mengikut skrip dan rentak mereka yng sentiasa mahukan kehancuran bangsa kita , Agaknya inilah nasib bangsa yng di gelar melayu ini , hancur bangsa bukan dek orang lain tapi dek tangan diri sendiri. Di ajak bersatu tak ambil peduli malah mengecam pula , di ajak bersama berjuang tidak mau malah menetang sesama bangsa pula , di ajak sembahyang bersama pun tidak setuju malah menuduh kafir pula , 

apakah ini yang mau di tinggalkan oleh kita pada anak cucu kita ,satu bangsa yg sentiasa bercakaran , satu bangsa yng sentiasa busuk hati , satu bangsa yg sanggup membunuh bangsa sendiri demi kedudukan dunia dan satu bangsa yang tidak langsung mencerminkan keislaman yg sering menjadi tuntutan nabi junjungan kita , biar penuh sembahyang kita pun jika hubungan sesama insan tidak di jaga , tidak kemana lah amalan tu , ingatlah sembahyang mampu mengubah seseorang dari seburuk buruk perangai kepada semulia insan , nilailah sembahyang kita , apakah kita sudah berubah menjadi semulia insan .

Sedarlah bangsa melayu , akan hilang melayu didunia sekiranya inilah perangai kita , akan hilanglah maruah dan segalanya jika amalan ini menjadi ikutan .Setiap rakyat berhak atas keamanan dan kesejahteraan , mereka yang berdiam diri selama ini juga berhak menikmati semua itu , jangan di tidakkan hak mereka utk merasai keamanan , kesejahteraan . Tolonglah bangsa ku aku merayu .