Monday, July 11, 2011

Bulan Syaaban

Alhamdullillah , kita sekarang berada di bulan Syaaban , dah dekat separuh bulan dah , tak lama lagi datanglah bulan di mana segala ganjaran atas usaha kita allah akan berikan , itulah bulan ramadan , seakan baru saja aku mengerjakan ramadhan tahun lalu , dan kini ia bakal menjelma lagi .

Tahun lepas aku gagal menamatkan sebulan penuh , namun dah bayar dah sebaik sahaja selepas puasa enam syawal tamat , dah 2 tahun berturut turut aku gagal berpuasa penuh sebulan ramadhan , aku harapkan kali ini allah membenarkan niat aku untuk sebulan penuh .

Untuk umat islam semua , hentikanlah kerja kutuk mengutuk , hina menghina , dan apa sahaja perbuatan yg boleh merugikan kita akhirnya di bulan ramadhan ini , jika puasa kita di terima , kita akan dapat melihat kesannya pada diri kita nanti .Puasa yg di terima allah mampu membuatkan kita menjadi insan yng baik dan cemerlang di dunia dan akhirat .

Bagi diriku , tahun ini aku mau menziarah kuburan saudara ku di mana aku mampu pergi dan jika tidak sekalung doa dari aku buat mereka semua , juga buat tahun ini aku mau berbuat sebanyak mungkin sedekah amal jariah jika di izinkan tuhan .

Pada mu ya ALLAH  aku berserah akan segalanya , kuatkanlah iman dan tambah kan taqwa ku pada mu , lapangkanlah hati dan fikiran ini dari segala perkara yang merugikan , berikanlah ketenangan dan kewarasan dalam apa jua tindakan dan keputusan yang bakal aku buat demi kesejahteraan dan keselamatan aku dan keluarga di dunia dan akhirat .

Amin ya rabbal alamin

No comments:

Post a Comment